Monday, 03 September 2018 15:19

Foreword By The Director

pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-NYA jua laman sesawang rasmi Kolej Poly-Tech MARA Kesedar ini berjaya dibangunkan. Tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Teknologi Maklumat Kolej Poly-Tech MARA Kesedar khasnya kepada kumpulan webmaster kerana dapat menghasilkan portal rasmi ini.


Antara lain tujuan diadakan portal rasmi ini adalah untuk menjadi salah satu input kepada perlaksanaan MS ISO 9001:2015 dan sejajar dengan aspirasi Kolej Poly-Tech MARA. Saya mengharapkan portal ini dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Teknologi Informasi Komunikasi (ICT) di Kolej Poly-Tech MARA KESEDAR khususnya.


Untuk pengetahuan anda, penubuhan kolej cawangan ke sembilan ini bermatlamat menyediakan program pendidikan dan latihan yang sempurna untuk melahirkan lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi. Di samping itu, menyediakan program dan aktiviti ko-kurikulum yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan memupuk potensi pelajar.


KPTM-Kesedar juga komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara menjelang tahun 2020 dengan pengisian program yang dirangka khas ke arah pencapaian ini. Antaranya ialah pemantauan yang berterusan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan pengakredatasian penuh daripada MQA dan pensijilan MS ISO menjelang tahun 2016. Dalam melahirkan pensyarah yang berdedikasi dan kompeten, mereka digalakkan untuk mendapatkan pensijilan professional dan sentiasa diberikan pendedahan terkini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Pelajar pula telah dipandu ke arah pembentukan sahsiah, berkeyakinan dan berketrampilan diri. Kebolehan soft skills pelajar ini terangkum dalam program kebolehpasaran graduan yang diperkasakan melalui program mereka yang tersendiri. Mewujudkan amalan persekitaran yang ceria dan sihat dengan amalan 5S telah diamalkan di institusi ini. Di samping itu, kolaborasi dengan pihak industri dan beberapa agensi sedang giat dibangunkan.


Justeru, dengan semangat team building yang sedia ada di kolej ini, saya berkeyakinan penuh bahawa institusi ini akan terus maju dan berkembang selaras dengan hasrat negara untuk mengarus perdanakan bidang pengurusan di Negara ini. Diharapkan anda akan mendapat manfaat dari portal rasmi ini.
Sekian. Wassaalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MOHD YUSOFF BIN MAT ALI
Pengarah
Kolej Poly-Tech MARA KESEDAR

 

 

 

Read 513 times Last modified on Tuesday, 04 September 2018 01:00
More in this category: « Organization Chart Campus History »