Sunday, 01 February 2015 18:08

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM KOLEJ POLY-TECH MARA

BANGI, 28 Januari 2015 – Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) telah mengadakan kursus usahasama di bawah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPA) di Bangi iaitu Kursus Asas Khas Pertahanan Awam bermula 25 hingga 28 Januari 2015.

Seramai 97 peserta dari KPTM Ibu pejabat, kampus cawangan KPTM Kesedar, KPTM Kuantan, KPTM Bangi, KPTM Alor Setar, KPTM Batu Pahat dan KPTM Kota Bharu telah turut serta dalam kursus khas ini dan turut disertai oleh Pengerusi KPTM, Mohd Azis Bin Jamman sebagai peserta. Program ini adalah salah satu matlamat JPAM dalam memberi pendedahan kepada golongan dari kalangan pendidikan (IPTS/IPTA) tentang pertahanan awam. Daripada itu, terdapat dua pasukan ditubuhkan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di IPTA/IPTS. Bagi IPTA atau IPTS yang bertaraf Universiti, pasukan tersebut dinamakan SISPA (Sukarelawan Institusi Pertahanan Awam); manakala PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) pula ditubuhkan di IPTA/IPTS bertaraf Kolej.

JPAM kini bekerjasama dengan 196 IPTA dan IPTS dan telah menubuhkan PISPA di institusi tersebut bagi memberikan latihan kemahiran kesukarelawan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membantu masyarakat khususnya dalam situasi kecemasan. Jumlah anggota buat masa ini adalah seramai 71,951 orang.

Sehubungan dengan itu, KPTM menyambut baik kerjasama JPAM ini dan telah menubuhkan PISPA pada tahun ini dengan pentauliah pangkat dari pegawai di peringkat tertinggi dari semua kampus cawangan KPTM. Semua pegawai yang terlibat telah melepasi syarat keanggotaan bagi mengikuti semua kursus yang dianjurkan oleh pihak JPAM.

Dengan saranan dari pihak JPAM dengan ini KPTM telah menubuhkan Unit Pengurusan PISPA di setiap kampus bagi menyelaras semua aktiviti PISPA di kampus masing-masing. Sebagai memenuhi aspirasi negara bagi meningkatkan keanggotaan JPAM untuk kerja-kerja kesukarelawan pihak KPTM telah melebarkan sayap dengan bekerjasama dengan pihak JPAM untuk mendaftar sebagai anggota yang terlatih.

Untuk perancangan akan datang, KPTM adalah disarankan untuk menubuhkan Unit Pengurusan PISPA di setiap kampus bagi menyelaras semua aktiviti PISPA di kampus masing-masing. Seramai 10 Pegawai kolej akan dilantik sebagai Pegawai Bersekutu. Selain itu, lanjutan dari hasrat KPTM, kursus PISPA ini juga akan dijadikan mata pelajaran kokurikulum berkredit yang ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan kepada pelajar program dalam KPTM (Homegrown). 

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Selamat Bin Hj. Dahalan.

jpa3

Read 193911 times Last modified on Wednesday, 27 January 2016 12:12