Tuesday, 05 January 2016 15:31

BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SESI JAN 2016 Featured

05 Januari 2016 – Jabatan Akademik yang di ketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Puan Saburiah Bt Mamat membuka lembaran baru 2016 dengan mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Soalan dan Skema Jawapan bagi Peperiksaan Sesi Jan 2016. Bengkel yang melibatkan kesemua pensyarah ini bertujuan untuk memastikan pensyarah dapat memberi tumpuan yang maksimum semasa menyediakan soalan dan skema jawapan.

Melalui bengkel ini, mereka akan berbincang dan berkongsi ilmu antara Penyedia Soalan, Penaksir dan juga Ketua Kursus dengan penekanan kepada aspek Pengenalan Taxanomy Bloom, Pendedahan tentang Silibus serta QPIF dan Mapping dalam COPPA (Assesement). Diharap melalui bengkel ini pensyarah dapat menghasilkan soalan bermutu dan berintelektual bagi meningkat kemahiran dan kebolehan menjawab soalan oleh pelajar pada peperiksaan nanti. 

Read 49953 times Last modified on Wednesday, 27 January 2016 12:19